34. Section 34
Feedback & support*(1) Jika permohonan paten telah disiarkan di bawah seksyen 33D, apabila pembayaran fi yang ditetapkan diterima, Pendaftar hendaklah menjadikan tersedia bagi pemeriksaan awam mengikut cara yang ditetapkan maklumat atau dokumen yang berikut yang berhubungan dengan permohonan paten setakat mana maklumat atau dokumen itu berada dalam milikan Pendaftar—
nama, alamat dan perihalan pemohon, dan nama dan alamat ejennya, jika ada;
nombor permohonan itu;
*CATATAN—Subseksyen 34(1) masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 168/ 2022.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 291
tarikh pemfailan permohonan itu, dan jika hak prioriti dituntut, tarikh prioriti itu, nombor permohonan yang terdahulu, nama negara yang permohonan yang terdahulu itu telah difailkan, atau jika permohonan yang terdahulu itu ialah permohonan serantau atau antarabangsa, nama negara yang baginya dan pejabat yang permohonan itu telah difailkan;
butir-butir permohonan termasuk perihalan, tuntutan atau tuntutan-tuntutan, lukisan, jika ada, dan abstrak dan apa-apa pindaan kepada permohonan itu, jika ada;
apa-apa perubahan pemunyaan permohonan itu dan apa-apa rujukan kepada kontrak lesen yang berhubungan dengan permohonan itu;
laporan carian dan pemeriksaan;
komunikasi berkenaan dengan permohonan paten daripada pemohon kepada Pejabat Pendaftaran Paten sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
petikan bahan bertulis berkaitan paten dan bukan paten yang dikemukakan oleh pemohon atau mana-mana orang lain kepada Pejabat Pendaftaran Paten.
(Dipotong oleh Akta A1649).
Jika tiada permintaan dibuat oleh pemohon di bawah perenggan 33D(1)(b), mana-mana orang yang berhasrat untuk memeriksa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan permohonan paten yang disebut dalam subseksyen (1) sebelum habis tempoh lapan belas bulan dari tarikh pemfailan, atau jika hak prioriti dituntut, tarikh prioriti permohonan paten itu, hendaklah membuat permintaan kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar disertakan dengan—
kebenaran bertulis pemohon itu; dan
pembayaran fi yang ditetapkan.
Paten 43
Cabutan yang diperakui bagi maklumat itu boleh diperoleh setelah dibayar fi yang ditetapkan.
Selepas sesuatu permohonan disiarkan di bawah seksyen 33D, pemohon boleh secara bertulis memberi amaran kepada mana-mana orang yang mengusahakan secara komersial atau perindustrian reka cipta yang menjadi hal perkara permohonan itu bahawa permohonan paten bagi reka cipta itu telah difailkan.
Seseorang pemohon boleh menuntut supaya seseorang yang telah mengusahakan secara komersial atau perindustrian reka cipta itu membayar sebagai pampasan kepada pemohon berkenaan dengan reka cipta itu—
dari masa orang itu diberi amaran di bawah subseksyen (5);
atau
jika tiada amaran, setelah permohonan paten berkenaan dengan reka cipta itu disiarkan di bawah seksyen 33D, suatu amaun yang sama dengan apa yang pada lazimnya akan diterimanya bagi mengusahakan reka cipta itu sehingga masa paten diberikan.
Hak untuk menuntut pampasan seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (6) hanya boleh dilaksanakan selepas pemberian paten itu.
Pelaksanaan hak untuk menuntut pampasan di bawah subseksyen (6) tidak menghalang pemohon daripada melaksanakan haknya sebagai tuan punya paten berkenaan dengan reka cipta itu selepas pemberian paten.
Jika sesuatu permohonan paten ditarik balik atau ditolak selepas permohonan itu disiarkan di bawah seksyen 33D, hak di bawah subseksyen (6) hendaklah disifatkan tidak pernah wujud.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 291