Pawnbrokers Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Lesen Pemegang Pajak Gadai
10. Tempoh lesen
Feedback & support(1)
Tertakluk kepada seksyen 11C dan subseksyen (3), sesuatu lesen hendaklah, melainkan jika dibatalkan lebih awal, sah bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.
(2)
Apabila lesen diberikan, Pendaftar hendaklah menyatakan dalam lesen itu tarikh lesen itu mula berkuat kuasa dan tarikh habis tempohnya.
(3)
Jika pada tarikh habis tempoh lesen itu suatu permohonan bagi pembaharuan lesen itu di bawah seksyen 10B masih belum diputuskan oleh Pendaftar, lesen itu hendaklah kekal berkuat kuasa sehingga permohonan itu diputuskan, atau enam puluh hari selepas tarikh habis tempoh lesen itu, mengikut mana-mana yang terdahulu.