Pawnbrokers Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Lesen Pemegang Pajak Gadai
10B. Pembaharuan lesen
Feedback & supportSesuatu permohonan oleh pemegang lesen bagi pembaharuan lesennya hendaklah dibuat sekurang-kurangnya enam puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen itu, dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat yang dikehendaki oleh Pendaftar.
Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar boleh, tertakluk kepada pembayaran penalti tidak melebihi tiga ratus ringgit oleh pemegang lesen itu, membenarkan permohonan bagi pembaharuan suatu lesen dibuat kurang daripada enam puluh hari dari tarikh habis tempoh lesen itu, tetapi tiada permohonan bagi pembaharuan itu boleh dibenarkan jika permohonan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh lesen itu.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 81 16
Jika pemegang lesen itu tidak memohon untuk memperbaharui lesen sebelum tarikh habis tempoh lesen itu, dia tidak berhak untuk membuat permohonan baru bagi mendapatkan lesen dalam tempoh dua tahun dari tarikh habis tempoh lesen itu.
Pemegang lesen hendaklah membayar fi yang ditetapkan bagi pembaharuan lesen kepada Pendaftar apabila diberitahu oleh
Pendaftar mengenai kelulusan permohonannya untuk pembaharuan itu.