Skip to content

Seksyen 8

Permohonan bagi lesen

of Akta Pemegang Pajak Gadai 1972

ActIn forceProvision 10 of 84
Seksyen 8
(1)

Permohonan bagi mendapatkan lesen untuk menjalankan perniagaan sebagai pemegang pajak gadai hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan, dan disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Pendaftar boleh secara bertulis, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu tetapi sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki supaya pemohon mengemukakan dalam masa yang dinyatakan atau dalam apa-apa lanjutan masa yang dibenarkan oleh Pendaftar, apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang didapati perlu oleh Pendaftar bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon bagi lesen itu.

(3)

Jika mana-mana dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak dikemukakan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau dalam apa-apa lanjutan masa yang dibenarkan oleh Pendaftar, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan.

(4)

Tanpa menjejaskan subseksyen (3), pemohon boleh mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan lesen kepada

Pendaftar, tetapi permohonan itu tidak boleh dibuat semasa permohonannya bagi mendapatkan lesen masih belum diputuskan oleh Pendaftar.