Pawnbrokers Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Lesen Pemegang Pajak Gadai
11G. Kewajipan pemegang pajak gadai apabila habis tempoh lesen
Feedback & support(1)
Tiap-tiap pemegang pajak gadai yang diberi lesen di bawah seksyen 9 hendaklah, apabila habis tempoh lesennya—
(a)
menghantar suatu notis kepada setiap dan tiap-tiap pemajak gadai tentang hakikat bahawa lesennya sudah habis tempoh;
dan
(b)
menghantar suatu laporan kepada Pendaftar menyatakan bilangan pemajak gadai yang sandarannya masih dalam simpanannya dan butir-butir bagi setiap sandaran sedemikian.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 81 20