Skip to content

Seksyen 13

of Akta Pemegang Pajak Gadai 1972

ActIn forceProvision 25 of 84

Seksyen 13

(1)

Apabila sesuatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini tamat atau ditamatkan terlebih dahulu, Pendaftar boleh, jika difikirkannya patut demi kepentingan orang yang telah menyandarkan barangan dengan pemegang lesen yang telah tamat atau ditamatkan lesennya itu, mengeluarkan suatu perintah kepada pemegang lesen itu supaya menyerahkan kepada pegawai yang dinamakan dalam perintah itu segala sandaran yang dipegang sebagai pajak gadai oleh pemegang lesen itu dan segala buku dan akaun yang disimpan olehnya bersangkutan dengan perniagaan pajak gadainya.

(2)

Pegawai itu boleh mengambil milik segala sandaran, buku dan akaun itu dan, jika perlu, boleh memasuki kedai yang digunakan oleh pemegang lesen itu dan mengambil milik segala sandaran, buku dan akaun itu dan boleh memindahkannya ke suatu tempat yang selamat.

(3)

Pegawai itu hendaklah memegang sandaran itu tertakluk kepada penebusan mengikut cara yang sama dari segala segi seolah-olah sandaran itu telah dipegang oleh pemegang lesen itu.

(4)

Setelah ditebus, atau setelah tamat tempoh bagi penebusan segala sandaran yang dipajakgadaikan, pegawai itu hendaklah, apabila dibayar oleh pemegang lesen itu segala perbelanjaan munasabah yang telah dilakukan, menyerahkan kepada pemegang lesen itu jumlah segala wang yang telah diterima daripada pemajak gadai sebagai bayaran wang yang telah dipinjamkan dan keuntungan yang kena dibayar dan segala sandaran yang tidak ditebus dalam tempoh yang ditetapkan dan segala buku dan akaun.

(5)

Dengan persetujuan bertulis Pendaftar, pegawai itu boleh membuat sesuatu kontrak berserta penjamin dengan seseorang untuk memegang sandaran itu mengikut syarat sebagaimana dia sendiri berhak memegang sandaran itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam dua subseksyen yang terdahulu, dan boleh, tertakluk kepada syarat itu, memindahkan milikan sandaran, buku dan akaun itu kepada orang itu.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 81 22