Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian II · Lesen Pemegang Pajak Gadai

11. Pembatalan dan penggantungan lesen

Feedback & support
(1)

Jika pemegang lesen—

(a)

telah menjalankan perniagaan pemegang pajak gadainya, yang pada pendapat Pendaftar, mengikut cara yang memudaratkan kepentingan pemajak gadai atau mana-mana orang awam;

(b)

sebagai—

(i)

seorang individu, yang telah diisytiharkan bankrap;

(ii)

suatu syarikat, yang telah digulung atau dibubarkan oleh mahkamah;

(iii)

suatu perkongsian, firma atau kumpulan orang, yang telah dibubarkan;

(c)

telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(d)

telah dilesenkan akibat daripada fraud atau kesilapan atau salah nyataan tentang mana-mana butir material; atau

(e)

telah tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh

Pendaftar,

Pemegang Pajak Gadai 17

maka Pendaftar boleh, tertakluk kepada seksyen 11A, membatalkan lesen yang dikeluarkan kepada pemegang lesen itu atau menggantung lesen itu selama tempoh yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

(2)

Pembatalan atau penggantungan lesen di bawah seksyen ini tidak menjejaskan mana-mana transaksi pajak gadai yang dibuat sebelum pembatalan atau penggantungan sedemikian, selain transaksi yang berkenaan dengannya pembatalan atau penggantungan itu dibuat.

(3)

Jika sesuatu lesen telah dibatalkan atau digantung, maka lesen itu tidak mempunyai kesan dari tarikh pembatalan lesen itu atau dalam tempoh penggantungan lesen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Report

Bahagian III

Pemajakgadaian dan Penebusan

Bahagian IV

Mencegah Urusan yang Menyalahi

Bahagian V

Bahagian VI

Penalti dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Schedules