Pawnbrokers Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Lesen Pemegang Pajak Gadai
11E. Penyerahan lesen
Feedback & support(1)
Apabila lesen dibatalkan di bawah seksyen 11, atau jika terdapat rayuan, apabila ditolak rayuan terhadap pembatalan lesen di bawah seksyen 11B, pemegang pajak gadai hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh notis pembatalan, atau notis penolakan rayuan terhadap pembatalan, disampaikan kepadanya, menyerahkan lesennya kepada Pendaftar.
(2)
Mana-mana orang yang tidak menyerahkan lesennya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.