Pawnbrokers Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Lesen Pemegang Pajak Gadai
11D. Section 11D
Feedback & supportJika pemohon merayu terhadap keengganan Pendaftar untuk memberikan lesen kepadanya, atau pemegang lesen merayu terhadap pembatalan lesennya oleh Pendaftar, dia tidak boleh kemudiannya membuat permohonan bagi mendapatkan lesen sehingga rayuan terhadap keputusan Pendaftar telah ditentukan oleh Menteri.
Sekiranya mana-mana lesen diberikan akibat daripada permohonan terkemudian yang dibuat dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (1), lesen yang diberikan sedemikian adalah batal dan tidak mempunyai kesan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.