Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian II · Lesen Pemegang Pajak Gadai

12. Premis pajak gadai hendaklah masih lagi dibuka selepas tamat lesen bagi penebusan sandaran

Feedback & support
(1)

Apabila sesuatu lesen itu tamat atau ditamatkan terlebih dahulu, pemegang pajak gadai itu hendaklah masih lagi membuka premis berlesen itu tiap-tiap hari mulai dari pukul 8 pagi hingga pukul 6 petang bagi penebusan sandaran dan bagi segala maksud

Akta ini, kecuali bagi menerima sandaran yang dipajakgadaikan hendaklah terus menjalankan hak dan keistimewaan dan tertakluk kepada kewajipan dan tanggungan seseorang pemegang pajak gadai sehingga kesemua sandaran yang dipegang olehnya sebagai pajak gadai telah ditebus atau sehingga tempoh terakhir bagi penebusan sesuatu sandaran itu telah tamat.

(2)

(a)

Dengan persetujuan bertulis Pendaftar, pemegang pajak gadai itu boleh membuat suatu kontrak dengan seseorang untuk memikul kewajipan dan tanggungan yang dikenakan dan menjalankan hak dan keistimewaan yang diberikan kepadanya oleh subseksyen

(1)

dan, dengan apa-apa persetujuan dan mengikut apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh Pendaftar bagi memberi perlindungan kepada pemajak gadai, boleh memindahkan hakmilik kepada orang itu pemilikan segala sandaran yang dipegang olehnya sebagai pajak gadai, dan orang itu kemudiannya hendaklah disifatkan sebagai pemegang pajak gadai mengenainya.

(b)

(Dipotong oleh Akta A1209)

(3)

Suatu notis mengenai tiap-tiap pemindahan hakmilik hendaklah ditampalkan pada premis pemindah hakmilik dan penerima pindah hakmilik itu dan di tiap-tiap mahkamah, balai polis dan pejabat daerah dan tanah dalam daerah tempat terletaknya premis itu.

Notis itu hendaklah juga disiarkan dalam sesuatu akhbar yang diluluskan oleh Pendaftar itu.

(4)

Pendaftar boleh membenarkan penerima pindah hakmilik itu menguruskan sandaran yang dipegang sebagai pajak gadai itu di mana-mana tempat tertentu yang lain daripada premis yang berlesen itu, dan memindahkan sandaran tersebut ke situ.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh melepaskan pemindah itu daripada apa-apa tanggungan di bawah Akta ini kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan atau tidak dilakukan sebelum tarikh pemindahan hakmilik itu.

Pemegang Pajak Gadai 21

Pendaftar boleh mengeluarkan perintah kepada pemegang lesen supaya menyerahkan sandaran, buku dan akaun apabila tamat lesen, dsb.

Report

Bahagian III

Pemajakgadaian dan Penebusan

Bahagian IV

Mencegah Urusan yang Menyalahi

Bahagian V

Bahagian VI

Penalti dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Schedules