Pawnbrokers Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Pemajakgadaian dan Penebusan
15. Pemajak gadai hendaklah memberikan maklumat yang benar kepada pemegang lesen
Feedback & support(1)
Apabila mendepositkan sesuatu barang sebagai pajak gadai, tiap-tiap pemajak gadai apabila diminta hendaklah memberi pemegang lesen apa-apa maklumat yang benar sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud seksyen 14.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.