Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Pemajakgadaian dan Penebusan

26. Melupuskan lebihan yang tidak dituntut

Feedback & support
(1)

Jika tiada apa-apa tuntutan bagi lebihan dibuat dalam tempoh empat bulan mengikut subseksyen 25(2), pemegang pajak gadai hendaklah membayar lebihan itu kepada Akauntan Negara dalam tempoh empat belas hari selepas habis tempoh empat bulan itu.

Pembayaran itu hendaklah disertai dengan suatu penyata yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan oleh Menteri.

Pemegang Pajak Gadai 29

(2)

Akauntan Negara hendaklah membayar wang yang dibayar di bawah subseksyen (1) kepada Akaun Amanah Disatukan.

(3)

Apa-apa lebihan yang tidak dituntut yang dibayar kepada

Akaun Amanah Disatukan (setakat yang lebihan itu tidak dibayar di bawah seksyen 27 keluar daripada Akaun Amanah Disatukan)

hendaklah dibayar kepada Akaun Hasil Disatukan apabila luput tempoh enam tahun dari tarikh pembayarannya kepada Akaun

Amanah Disatukan itu.

(4)

Mana-mana pemegang pajak gadai yang tidak membayar apa-apa wang lebihan yang tidak dituntut kepada Akauntan Negara melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan boleh juga didenda selanjutnya tidak kurang daripada satu ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ratus ringgit bagi setiap hari kegagalan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian IV

Mencegah Urusan yang Menyalahi

Bahagian V

Bahagian VI

Penalti dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Schedules