Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Pemajakgadaian dan Penebusan

27. Perbendaharaan hendaklah membayar pihak menuntut yang sah

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana pihak menuntut membuat sesuatu tuntutan terhadap Perbendaharaan untuk mendapatkan apa-apa lebihan yang tidak dituntut yang telah dibayar kepada Akaun Amanah Disatukan menurut seksyen 26, Perbendaharaan setelah berpuas hati bahawa pihak menuntut itu ialah pemunya lebihan itu, hendaklah membenarkan pembayaran itu dibuat kepadanya daripada Akaun

Amanah Disatukan atau, jika wang yang tidak dituntut itu telah dibayar kepada Akaun Hasil Disatukan, Menteri Kewangan boleh mengarahkan pembayaran wang sejumlah itu dibuat kepadanya;

dan jumlah wang itu hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang Disatukan dan kena dibayar daripada Akaun Hasil Disatukan.

(2)

Jika apa-apa lebihan yang tidak dituntut yang telah dibayar kepada mana-mana pihak menuntut yang kemudiannya dituntut oleh mana-mana orang lain, orang lain itu tidak berhak mendapat bayaran lebihan itu, tetapi orang lain itu boleh membuat tuntutan terhadap pihak menuntut yang telah dibayar lebihan itu.

Report

Bahagian IV

Mencegah Urusan yang Menyalahi

Bahagian V

Bahagian VI

Penalti dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Schedules