Seksyen 23
Sandaran yang tidak ditebus dalam tempohnya
of Akta Pemegang Pajak Gadai 1972
Jika mana-mana sandaran tidak ditebus sebelum tamat enam bulan dari tarikh pemajakgadaian atau sesuatu tempoh yang lebih lama sebagaimana yang mungkin telah disetujui antara seseorang pemegang pajak gadai dengan pemajak gadai, atau sebagaimana yang dikehendaki mengikut seksyen 19, maka sandaran itu—
(a)
jika dipajakgadaikan untuk sejumlah wang yang tidak lebih daripada dua ratus ringgit, hendaklah menjadi harta pemegang pajak gadai itu; atau
(b)
jika dipajakgadaikan untuk sejumlah wang yang lebih daripada dua ratus ringgit, apabila dilupuskan oleh pemegang pajak gadai itu, hendaklah dilupuskan dengan jualan lelong yang dijalankan oleh pelelong berlesen.
(2)
Seseorang pemegang pajak gadai boleh, dalam sesuatu jualan lelong di bawah seksyen ini, membuat tawaran untuk membeli dan membeli sesuatu sandaran yang dipajakgadaikan kepadanya; dan apabila sandaran itu dibeli olehnya, dia hendaklah disifatkan sebagai pemunya mutlak sandaran yang dibeli itu.
(3)
Seseorang pemegang pajak gadai hendaklah menghantar kepada Pendaftar pada satu haribulan setiap bulan kalendar suatu senarai mengikut bentuk yang ditetapkan bersama dengan apa-apa bilangan salinan yang dikehendaki oleh Pendaftar itu menunjukkan keputusan jualan sandaran itu dalam bulan yang sebelumnya.
Pendaftar hendaklah memastikan supaya senarai itu sentiasa tertampal di pejabatnya dan di tempat awam sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya selama tiga bulan.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 81 28