Pawnbrokers Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Pemajakgadaian dan Penebusan
17. Kadar keuntungan
Feedback & support(1)
Seseorang pemegang lesen boleh mengambil keuntungan atas sesuatu pinjaman yang diberikan atas sesuatu sandaran yang dipajakgadaikan dengan cara caj mengikut apa-apa kadar yang ditetapkan dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan tidak boleh meminta atau mengambil apa-apa keuntungan yang lebih daripada kadar yang ditetapkan itu, atau tidak boleh meminta atau mengambil apa-apa jua jumlah wang berkenaan dengan sesuatu pemajakgadaian selain keuntungan itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.