Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Pemajakgadaian dan Penebusan

22. Tanggungjawab pemegang pajak gadai berkenaan dengan sandaran

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pemegang pajak gadai hendaklah menjaga sandaran itu dengan cermat dan bersungguh-sungguh sebagaimana seseorang pemunya yang berhemat menjaga hartanya sendiri.

(2)

Pemegang pajak gadai hendaklah bertanggungjawab bagi kehilangan atau kerosakan apa-apa sandaran, sama ada kehilangan atau kerosakan sedemikian disebabkan oleh atau akibat daripada kebakaran, kecuaian, peninggalan, kecurian, rompakan atau selainnya.

(3)

Dalam hal mana-mana sandaran yang telah binasa atau rosak kerana atau akibat kebakaran, kecuaian, peninggalan, kecurian, rompakan atau selainnya, nilai sandaran itu hendaklah bagi maksud pampasan kepada pemajak gadai itu dikira sebagai satu perempat lebih daripada jumlah pinjaman atasnya.

(4)

Apabila mana-mana orang mengadu bahawa mana-mana sandaran yang dipegang oleh seseorang pemegang pajak gadai, yang dia berhak menebus, telah tidak diserahkan kepadanya apabila

Pemegang Pajak Gadai 27

diminta dengan sewajar olehnya atau telah menjadi atau dijadikan kurang bernilai berbanding pada masa pemajakgadaian oleh kerana atau disebabkan keingkaran, keabaian atau salah laku pemegang pajak gadai itu, seseorang Majistret boleh, jika difikirkannya patut, memerintahkan supaya pampasan yang munasabah dibayar oleh pemegang pajak gadai kepada orang itu; dan apa-apa wang yang diperintahkan sedemikian supaya dibayar boleh, jika diarahkan sedemikian oleh Majistret, didapatkan balik daripada pemegang pajak gadai itu sebagai suatu denda.

Report

Bahagian IV

Mencegah Urusan yang Menyalahi

Bahagian V

Bahagian VI

Penalti dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Schedules