Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Pemajakgadaian dan Penebusan

20. Pemegang pajak gadai boleh enggan menyerahkan sandaran

Feedback & support
(1)

Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam seksyen 18, seseorang pemegang pajak gadai yang mungkin telah menerima notis supaya tidak menyerahkan sesuatu sandaran yang dipajakgadaikan daripada seseorang pegawai polis atau daripada pemunya sandaran atau surat pajak gadai yang dikeluarkan olehnya berkenaan dengan sandaran itu, atau yang mungkin ada sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa mana-mana sandaran atau mana-mana surat pajak gadai yang dikeluarkan olehnya berkenaan dengan sandaran itu telah didapatkan dengan curang, hendaklah melaporkan perkara itu dengan segera ke balai polis yang hampir sekali dan hendaklah menyimpan sandaran itu dalam miliknya sehingga dia dibenarkan menyerahkan sandaran itu oleh pegawai penjaga balai itu atau oleh seorang Majistret.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 81 26

Report

Bahagian IV

Mencegah Urusan yang Menyalahi

Bahagian V

Bahagian VI

Penalti dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Schedules