Pawnbrokers Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Pemajakgadaian dan Penebusan
18. Tempoh dan syarat penebusan
Feedback & supportTertakluk kepada Akta ini tiap-tiap pemegang pajak gadai, pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan dari tarikh pemajakgadaian mana-mana barang kepadanya atau dalam sesuatu
Pemegang Pajak Gadai 25
tempoh yang lebih lama sebagaimana yang mungkin telah dipersetujui olehnya dengan pemajak gadai itu hendaklah menyerahkan sandaran itu kepada mana-mana orang yang mungkin mengemukakan surat pajak gadai yang dikeluarkan olehnya berkenaan dengan sandaran itu dan yang mungkin membayar wang yang telah dipinjam atas sandaran itu, dan hendaklah memberi orang itu suatu resit bagi semua wang yang diterima daripada orang itu dan hendaklah merekodkan butir-butir mengenai orang itu dalam buku pemegang pajak gadai itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.