Skip to content

Seksyen 25

of Akta Pemegang Pajak Gadai 1972

ActIn forceProvision 40 of 84

Seksyen 25

(1)

Jika sesuatu sandaran yang dipajakgadaikan untuk wang berjumlah melebihi dua ratus ringgit dijual, dan didapati dari buku pemegang pajak gadai itu bahawa sandaran itu telah dijual untuk wang berjumlah lebih daripada jumlah pinjaman dan keuntungan yang kena dibayar di bawah seksyen 17 pada masa jualan itu, pemegang pajak gadai itu hendaklah dalam tempoh tujuh hari selepas jualan itu menghantar dengan pos berdaftar kepada pemajak gadai di alamat pemajak gadai itu yang dicatatkan dalam buku pemegang pajak gadai di bawah seksyen 14 suatu penyata dalam borang yang ditetapkan dan suatu notis bahawa wang lebihan akan dibayar kepada pemajak gadai jika tuntutan dibuat oleh pemajak gadai dalam masa empat bulan dari tarikh notis itu disampaikan kepada pemajak gadai itu.

(2)

Pemegang pajak gadai hendaklah membayar wang lebihan kepada pemajak gadai jika tuntutan dibuat oleh pemajak gadai itu dalam tempoh empat bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (1).

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.