Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pengurusan Aset dan Tanggungan

25. Kriteria bagi pelantikan Pentadbir Khas

Perbadanan boleh mengesyorkan pelantikan seorang Pentadbir

Khas di bawah seksyen 23 atau 24 jika Perbadanan berpuas hati bahawa pelantikan itu adalah demi kepentingan awam atau jika

Perbadanan berpuas hati bahawa —

(a)

orang terjejas utama—

(i)

tidak dapat atau berkemungkinan tidak dapat membayar hutangnya; atau

(ii)

tidak dapat atau berkemungkinan tidak dapat menunaikan kewajipannya kepada pemiutangnya;

(b)

orang terjejas utama dan keseluruhan atau mana-mana bahagian asetnya boleh terus wujud sebagai usaha berterusan;

(c)

perealisasian aset orang terjejas utama dengan lebih berfaedah dapat dicapai berbanding dengan perealisasian aset semasa penggulungan; atau

(d)

pelantikan itu boleh mencapai perealisasian yang lebih berfaedah atau penyelesaian yang lebih cepat sesuatu tanggungjawab atau tanggungan yang dipunyai oleh mana-mana orang kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang, masa hadapan, terletak hak atau kontinjen.

Report

Bahagian VII

Hak Tambahan

Bahagian VIII

Pemakaian Akta Lain

Bahagian IX

Pemakaian Akta

Bahagian X

Schedules