Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian VI · Pengurusan Aset dan Tanggungan
Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian VI · Pengurusan Aset dan Tanggungan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada subseksyen (2), pentadbiran orang terjejas oleh Pentadbir Khas yang dilantik di bawah seksyen 23 atau 24
hendaklah bermula dari tarikh pelantikan Pentadbir Khas itu dan hendaklah berterusan sehingga pelantikannya ditamatkan oleh
Perbadanan dengan kelulusan Jawatankuasa Selia.
Pentadbir Khas hendaklah dilepaskan daripada pelantikannya apabila penamatan pelantikannya diluluskan oleh Jawatankuasa Selia atas syor Perbadanan.
Jika Pentadbir Khas dilepaskan daripada pelantikannya di bawah seksyen ini, dia hendaklah, mulai dari pelepasan itu, dibebaskan daripada segala tugas dan tanggungan berkenaan dengan pentadbirannya atau selainnya berhubungan dengan tingkah lakunya sebagai Pentadbir Khas.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang sesuatu tindakan atau prosiding lain oleh mana-mana pihak kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh salah laku yang disengajakan atau kecuaian melampau Pentadbir Khas.
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX