Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA PERINDUSTRIAN NANAS 1957

Seksyen 10

Pelantikan pegawai dan pekhidmat

(2)

Pelantikan ketua pegawai eksekutif hendaklah dengan kelulusan Menteri.

(3)

Jika ketua pegawai eksekutif adalah oleh kerana apa-apa sebab tidak dapat menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas jawatannya, Lembaga boleh melantik mana-mana orang lain untuk bertindak sebagai ketua pegawai eksekutif:

Dengan syarat bahawa keizinan Menteri hendaklah didapatkan jika perwakilan itu melebihi atau berkemungkinan melebihi suatu tempoh tiga bulan terus-menerus.

(4)

Pelantikan ketua pegawai eksekutif hendaklah disiarkan dalam Warta.

(5)

Lembaga hendaklah mendapatkan kelulusan Perbendaharaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum menubuhkan atau mengubah suai mana-mana skim perkhidmatan bagi ketua pegawai eksekutif dan pegawai dan pekhidmatnya yang lain, termasuk terma dan syarat perkhidmatan, gaji, elaun dan saraan lain yang kena dibayar, dan kemudahan bagi pinjaman bagi pembelian kenderaan.

Perindustrian Nanas 15

Tugas ketua pegawai eksekutif