Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Lembaga boleh menghendaki mana-mana orang supaya mengemukakan apa-apa maklumat yang, pada pendapatnya, adalah perlu sebelum apa-apa pembahagian dibuat daripada Kumpulan
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 427
Wang di bawah Akta ini; dan mana-mana orang yang membuat permohonan bagi bantuan daripada Kumpulan Wang yang dengan sengaja atau tanpa sebab munasabah gagal memberi maklumat sedemikian kepada Lembaga atau yang memberi apa-apa maklumat yang dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu dalam apa-apa butir material melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.