Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English

11. Pendaftaran

Feedback & support

Lembaga hendaklah—

(a)

menyebabkan disimpan suatu daftar pekebun, pengetin, kilang mengetin, pengeksport, pembekal tin, pertubuhan pemasaran, pengangkut dan penjual mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 427

(b)

memberikan setiap pekebun, pengetin, pengeksport, pembekal tin, pertubuhan pemasaran, pengangkut atau penjual, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila didaftarkan sewajarnya, suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan;

(c)

mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran yang berasingan berkenaan dengan setiap kilang mengetin yang di dalamnya seseorang pengetin berdaftar adalah dibenarkan untuk menyediakan nanas.

Report