Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA PERINDUSTRIAN NANAS 1957

Seksyen 23

Pembatalan pendaftaran

(2)

Mana-mana orang yang dipanggil untuk menunjukkan sebab di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah dibekalkan oleh Lembaga dengan butir-butir, secara bertulis, tentang pelanggaran atau ketidakpatuhan yang diadukan itu; dan

(b)

boleh, jika dia berhasrat demikian, hadir atau diwakili oleh mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis pada pendengaran oleh Lembaga.

(3)

Jika selepas pendengaran sedemikian Lembaga berpendapat bahawa orang yang dipanggil untuk menunjukkan sebab telah melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, Lembaga boleh—

(a)

membatalkan pendaftarannya dan mana-mana perakuan atau perakuan-perakuan yang dikeluarkan menurutnya, dan melarang pendaftaran semulanya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

(b)

mengenakan suatu denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dalam hal seseorang pengetin berdaftar, pembekal tin berdaftar, pengeksport berdaftar, pengangkut berdaftar atau penjual berdaftar yang denda itu boleh didapatkan kembali oleh Lembaga mengikut cara yang diperuntukkan bagi mendapatkan kembali suatu hutang sivil dan hendaklah dibayar ke dalam KumpulanWang;

(c)

memerintah supaya orang itu membayar kepada Lembaga suatu jumlah wang yang tidak melebihi satu ribu ringgit untuk meliputi kos yang dilakukan oleh Lembaga akibat daripada pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang boleh didapatkan kembali oleh Lembaga mengikut cara yang diperuntukkan bagi mendapatkan kembali suatu hutang sivil dan hendaklah dibayar ke dalam

Kumpulan Wang.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 427

(4)

Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya Lembaga boleh mengawal selia tatacaranya sendiri pada mana-mana pendengaran sedemikian dan tidak terikat oleh mana-mana undang-undang atau kaedah amalan berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan.

(5)

Lembaga hendaklah menyimpan secara bertulis suatu rekod tentang prosidingnya dan tentang segala keterangan yang diterima olehnya dan keputusan jawatankuasa eksekutif hendaklah direkodkan secara bertulis.

Tribunal Rayuan