Skip to content

Seksyen 16

Menandakan tin

of Akta Perindustrian Nanas 1957

ActIn forceProvision 20 of 31
Seksyen 16
(1)

Tiap-tiap pengetin berdaftar hendaklah mendaftar dengan

Lembaga apa-apa tanda atau tanda-tanda sebagaimana yang

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 427

diluluskan oleh Lembaga bagi penggunaannya sebagai tanda atau tanda-tanda pengenalan bagi keluaran setiap atau kesemua kilang mengetin berdaftar yang berkenaan dengannya dia telah dikeluarkan dengan suatu perakuan.

(2)

Tiada tanda sedemikian boleh didaftarkan bagi penggunaan oleh lebih daripada seorang pengetin berdaftar.

(3)

Lembaga boleh membatalkan pendaftaran tanda atau tanda-tanda seseorang pengetin berdaftar jika perakuan pendaftaran pengetin berdaftar itu telah dibatalkan mengikut seksyen 23.

(4)

Selepas pendaftaran sesuatu tanda atau tanda-tanda di bawah subseksyen (1) pengetin berdaftar hendaklah menyebabkan tanda atau tanda-tanda sedemikian dicetak timbul atau dicap lekat mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan atas setiap tin yang mengandungi nanas bertin yang disediakan dalam setiap kilang mengetin berdaftar yang baginya tanda atau tanda-tanda itu telah diluluskan dan juga atas bungkusan yang di dalamnya tin-tin itu terkandung.

(5)

Tiada seorang pun boleh mengeksport apa-apa tin yang mengandungi nanas bertin atau apa-apa bungkusan yang mengandungi sedemikian melainkan jika—

(a)

ia telah ditandakan mengikut subseksyen (4); dan

(b)

suatu perakuan dalam borang sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga bahawa ia telah ditandakan sedemikian telah diserah simpan dengan pihak berkuasa kastam yang berkenaan.

(6)

Mana-mana orang yang bertindak berlanggaran dengan subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.