Skip to content

Seksyen 10A

Tugas ketua pegawai eksekutif

of Akta Perindustrian Nanas 1957

ActIn forceProvision 13 of 31
Seksyen 10A
(1)

Ketua pegawai eksekutif hendaklah—

(a)

bertanggungjawab bagi mengadakan pelaksanaan keputusan polisi Lembaga dan bagi pentadbiran am hal-ehwalnya;

(b)

menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas semua pegawai dan pekhidmat Lembaga; dan

(c)

melaksanakan apa-apa tugas dan mengusahakan apa-apa tanggungjawab lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa atau sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.

(2)

Ketua pegawai eksekutif hendaklah hadir pada tiap-tiap mesyuarat Lembaga melainkan jika dia dibebaskan daripada berbuat demikian oleh Pengerusi.

(3)

Ketua pegawai eksekutif tidak mempunyai hak untuk mengundi pada mesyuarat Lembaga.