Seksyen 14
Kesalahan
of Akta Perindustrian Nanas 1957
Tiada seorang pun boleh menyediakan nanas atau melabelkan apa-apa nanas bertin kecuali di dalam sesuatu kilang mengetin berdaftar.
(2)
Tiada seorang pun selain seseorang pembekal tin berdaftar boleh membuat, membentuk semula atau mengimport apa-apa tin bagi pengetinan nanas.
(3)
Tiada seorang pun selain seseorang pengeksport berdaftar boleh mengeksport nanas bertin.
Perindustrian Nanas 17
(4)
Tanpa kelulusan bertulis daripada Lembaga, tiada seorang pun pengetin berdaftar boleh menyetuju terima nanas daripada mana-mana orang selain seseorang pekebun berdaftar atau seseorang penjual berdaftar.
(4A)
Tiada seorang pun pekebun berdaftar boleh menjual nanas kecuali kepada seseorang penjual berdaftar atau seseorang pengetin berdaftar.
(4B)
Tiada seorang pun penjual berdaftar boleh membeli nanas kecuali daripada seseorang pekebun berdaftar.
(5)
Mana-mana orang yang bertindak berlanggaran dengan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.