Skip to content

Seksyen 17

Kesalahan dan liabiliti bagi perbuatan ejen atau pekhidmat

of Akta Perindustrian Nanas 1957

ActIn forceProvision 21 of 31
Seksyen 17

(1)

Jika apa-apa kesalahan terhadap Akta ini dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan dan dibuktikan telah dilakukan dengan persetujuan atau pembiaran, atau boleh dikaitkan dengan apa-apa kecuaian atas pihak, mana-mana pengarah, pengurus,

Perindustrian Nanas 19

setiausaha atau pegawai lain pertubuhan perbadanan itu, maka pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain itu, berserta dengan pertubuhan perbadanan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu, dan boleh dihukum mengikut Akta ini.

(2)

Apabila jua mana-mana ejen atau pekhidmat dalam masa pekerjaannya melakukan atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu perbuatan, yang pelakuannya atau peninggalannya oleh prinsipal atau majikannya adalah suatu kesalahan, terhadap Akta ini, ejen atau pekhidmat itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu, dan prinsipal atau majikannya dan mana-mana orang yang pada masa perbuatan atau peninggalan itu adalah bertanggungjawab bagi urusan yang berkenaan dengannya perbuatan atau peninggalan itu berlaku adalah juga bersalah atas kesalahan itu melainkan jika prinsipal atau majikan atau orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah mengambil segala langkah dan tindakan berhati-hati yang munasabah untuk menghalang perbuatan atau peninggalan itu.

Bidang kuasa