Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Penubuhan Kumpulan Wang dan fungsi lain Lembaga
(1)
Lembaga hendaklah menubuhkan dan mentadbirkan suatu kumpulan wang yang dipanggil “Kumpulan Wang Perindustrian
Nanas” dan boleh memperoleh dan memegang harta, alih atau tak alih, dan boleh memindahkan atau selainnya memperlakukannya, dan boleh membuat kontrak dan melakukan segala perkara yang perlu bagi atau bersampingan dengan maksud Akta ini.
(2)
Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang─
Perindustrian Nanas 11
(i)
hasil mana-mana ses sebagaimana yang disebut dalam seksyen 8;
(ii)
semua wang kepunyaan Lembaga;
(iii)
apa-apa wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen untuk digunakan bagi apa-apa maksud atau maksud-maksud sebagaimana yang dinyatakan oleh
Parlimen;
(iv)
semua wang, termasuk fi pendaftaran, yang dipungut di bawah kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(v)
semua wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 8A;
(vi)
semua wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa pelaburan di bawah seksyen 8B atau daripada apa-apa harta yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga; dan
(vii)
semua wang lain yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsinya.
(b)
Kumpulan Wang boleh digunakan bagi apa-apa maksud yang termasuk dalam tujuan Akta ini mengikut apa-apa cara sebagaimana yang hendaklah ditentukan oleh
Lembaga dan bagi pemberian pinjaman kepada pekerjanya bagi maksud membeli atau membina rumah kediaman atau membeli kenderaan atas terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 25.
(3)
Fungsi Lembaga hendaklah termasuk—
(a)
pembiayaan program agronomi dan memproseskan program penyelidikan bagi industri itu;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 427
(b)
perundingan perjanjian mengenai harga dan gred nanas bagi jualan kepada kilang mengetin;
(c)
pengawalseliaan tentang pengeluaran, penggredan dan pemasaran nanas bagi jualan kepada kilang mengetin dan tentang nanas bertin;
(d)
pentadbiran kawalan kualiti dan peraturan-peraturan kesihatan;
(e)
pentadbiran suatu kumpulan wang ses dan membuat syor berkenaan dengan kadar ses;
(f)
pengumpulan statistik dan penyenggaraan rekod statistik industri itu;
(g)
pemberian bantuan kewangan, sama ada dengan cara subsidi atau selainnya, kepada industri itu secara keseluruhannya atau mana-mana seksyen daripadanya;
(h)
apa-apa perkara lain yang menyentuh industri itu.
(4)
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai berkenaan dengan Lembaga.
(5)
Akaun Lembaga hendaklah tertakluk kepada pengauditan oleh seseorang juruaudit yang diluluskan oleh Menteri.
(6)
Meterai perbadanan Lembaga boleh melalui ketetapan
Lembaga dicapkan kepada apa-apa surat cara di hadapan Pengerusi dan dua orang anggota lain Lembaga, yang kesemuanya hendaklah menandatangan nama-nama mereka pada surat cara itu.
(7)
Empat mesyuarat biasa Lembaga hendaklah diadakan setiap tahun. Semua mesyuarat lain adalah mesyuarat khas dan boleh dipanggil pada bila-bila masa oleh Pengerusi atau pemangku
Pengerusi dan hendaklah dipanggil atas permintaan mana-mana anggota.
Perindustrian Nanas 13
Pengenaan dan pungutan ses