Seksyen 19
Pengiktirafan persatuan
of Akta Perindustrian Nanas 1957
Lembaga boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menetapkan satu persatuan setiap satunya untuk mewakili cawangan pengetinan, pembekalan tin, pemasaran buah dan pengeksportan masing-masingnya bagi industri nanas dan setiap persatuan sedemikian hendaklah dengan itu dan selagi pemberitahuan yang merujuk kepadanya masih berkuat kuasa disifatkan sebagai suatu persatuan perwakilan bagi maksud Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya:
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 427
Dengan syarat bahawa tiada persatuan boleh ditetapkan sebagai suatu persatuan perwakilan seperti yang disebut terdahulu atau, setelah ditetapkan sedemikian, terus menjadi suatu persatuan perwakilan melainkan jika—
(a)
kaedah-kaedahnya telah diluluskan oleh Lembaga;
(b)
kaedah-kaedahnya—
(i)
tidak mengandungi apa-apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai menghalang penerimaan masuk sebagai seorang anggota mana-mana orang yang persatuan itu bertujuan untuk mewakili;
(ii)
tidak mengandungi apa-apa jua yang menjejaskan kepentingan am industri itu;
(iii)
memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang memohon bagi penerimaan masuk sebagai seorang anggota dan mengaku janji untuk mematuhi kaedah-kaedah persatuan itu, hendaklah diterima masuk sebagai seorang anggotanya.
(2)
Mana-mana persatuan yang ditetapkan melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai mewakili cawangan pengetinan bagi industri nanas di bawah Ordinan Perindustrian Nanas 1951, hendaklah disifatkan sebagai suatu persatuan perwakilan bagi cawangan pengetinan bagi industri nanas di bawah Akta ini.
(3)
Mana-mana persatuan yang disifatkan sebagai suatu persatuan perwakilan di bawah seksyen ini yang kemudiannya membuat apa-apa pengubahan dalam perkara-perkara, dalam kaedah-kaedah, atau dalam syarat yang menyentuh keanggotaan persatuan itu, hendaklah dalam masa empat belas hari menyerah simpan dengan
Lembaga suatu salinan bertulis tentang pengubahan itu; dan kegagalan untuk mematuhi subseksyen ini adalah menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini yang boleh dihukum atas sabitan dengan denda yang tidak melebihi lima ratus ringgit.
Perindustrian Nanas 21