Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA PERINDUSTRIAN NANAS 1957

Seksyen 15

Jika seseorang Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret berpuas hati atas keterangan dengan sumpah atau ikrar bahawa terdapat sebab munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana tempat dalam bidang kuasanya, sama ada suatu bangunan atau pun tidak, selain di suatu kilang mengetin berdaftar, digunakan untuk menyediakan nanas atau melabelkan nanas bertin dia boleh memberikan suatu waran geledah yang memberi kuasa mana-mana pegawai polis pada bila-bila masa atau masa-masa dalam tempoh satu bulan dari tarikhnya untuk memasuki, dengan apa-apa bantuan sebagaimana yang dikehendaki, dan jika perlu dengan kekerasan, tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya dan memeriksanya dan menggeledah untuk mencari di dalamnya dan menyita dan mengalihkan darinya dan membawa ke hadapan seseorang Hakim Mahkamah Sesyen atau

Majistret apa-apa loji, mesin atau alat yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan atau yang terdapat alasan munasabah untuk menyangka adalah di dalam tempat itu bagi maksud menyediakan nanas atau melabelkan nanas bertin dengan menyalahi undang-undang.