Skip to content

Seksyen 3

Penubuhan Lembaga

of Akta Perindustrian Nanas 1957

ActIn forceProvision 3 of 31
Seksyen 3
(1)

Bagi maksud Akta ini maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu

Lembaga yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia” dan yang hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya. Lembaga hendaklah mempunyai suatu pejabat di dalam Malaysia.

*CATATAN—Akta Pertubuhan Koperasi 1948 [Akta 287] telah dimansuhkan oleh Akta Pertubuhan

Koperasi 1993 [Akta 502]−lihat seksyen 95 bagi Akta 502.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 427

(2)

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

seorang wakil dari Kementerian yang bertanggungjawab bagi industri nanas;

(c)

seorang wakil dari Kementerian Perdagangan dan

Perindustrian;

(d)

seorang wakil dari Perbendaharaan;

(e)

seorang wakil dari mana-mana Kementerian lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri bagi Kementerian itu;

(f)

dua orang untuk mewakili kepentingan pengetin berdaftar yang dinamakan oleh persatuan perwakilan bagi sektor pengetinan bagi industri nanas;

(g)

dua orang untuk mewakili kepentingan pekebun; dan

(h)

Pengarah Pertanian Negeri, Johor.

(3)

(a)

Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota

Lembaga selain Pengerusi, melantik seorang anggota silih ganti yang boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga yang anggota itu, oleh kerana apa-apa sebab, tidak dapat menghadirinya.

(b)

Apabila menghadiri sesuatu mesyuarat

Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.

(4)

(Dimansuhkan oleh Akta A693).

(5)

Tiap-tiap anggota Lembaga, selain orang yang dilantik di bawah subseksyen (2)(h), hendaklah, melainkan jika pelantikannya adalah terlebih dahulu dibatalkan atau dia terlebih dahulu meletakkan jawatan, memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh

Menteri dalam surat pelantikannya atau, jika tiada tempoh sedemikian dinyatakan, bagi

Perindustrian Nanas 9

suatu tempoh dua tahun dari tarikh pelantikannya, dan adalah layak untuk dilantik semula.

(5A)

Tiap-tiap anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelantikannya adalah terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia adalah anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.

(6)

Mana-mana anggota Lembaga yang tanpa sebab munasabah tidak hadir daripada dua mesyuarat biasa atau khas Lembaga secara berturut-turut dan mana-mana anggota yang telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal atau telah menjadi bankrap atau membuat suatu perkiraan dengan pemiutangnya atau telah dihukum penjara hendaklah disifatkan sebagai telah mengosongkan jawatannya dan pelantiknya hendaklah diberitahu dengan sewajarnya.

(7)

Jika apa-apa kekosongan berlaku oleh kerana kematian, perletakan jawatan, ketidakhadiran, ketidaksiuman, kebankrapan, pemenjaraan atau selainnya, pelantik boleh melantik seseorang untuk mengisi mana-mana kekosongan tersebut dan mana-mana orang yang dilantik sedemikian hendaklah memegang jawatan hanya selama mana orang yang pada tempatnya dia dilantik itu akan memegang jawatan.

(8)

Pelantikan tiap-tiap anggota dan anggota silih ganti

Lembaga hendaklah disiarkan dalam Warta.