Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian XII · Disiplin

75. Denda didapati daripada potongan gaji

Feedback & support

Semua denda yang dikenakan oleh atau di bawah kuasa Pihak

Berkuasa Disiplin berkenaan dengan kesalahan terhadap disiplin boleh didapati dengan memotong gaji, ditolak elaun dan bayaran ketukangan yang kena dibayar, atau akan kena dibayar kepada pesalah:

Dengan syarat bahawa potongan gaji itu tidak akan dalam mana-mana keadaan melebihi satu pertujuh daripada gaji bulanan, ditolak elaun dan bayaran ketukangan, pesalah itu, dan, jika lebih daripada satu perintah potongan gaji berkuat kuasa dengan serentak terhadap pesalah, sekian banyak sahaja gajinya akan ditahan supaya sekurang-kurangnya pesalah itu menerima tiga perempat daripada gaji tersebut, tidak termasuk elaun dan bayaran ketukangan.

Report

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules