Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian XII · Disiplin

80. Section 80

Feedback & support
(1)

Pegawai kanan polis yang diberi kuasa untuk menjalankan penyiasatan ke atas suatu kesalahan terhadap disiplin dan Yang

Dipertua mana-mana Jawatankuasa Siasatan yang diadakan di bawah seksyen 79 boleh memohon kepada Majistret supaya mengeluarkan suatu saman untuk mendapatkan seorang yang difikirkan tahu akan

Polis 53

hal keadaan perkara itu supaya hadir sebagai saksi di hadapan pegawai polis itu.

Atas permohonan itu,

Majistret boleh mengeluarkan saman dengan sewajarnya dan saksi itu adalah diwajibkan menjawab dengan sebenarnya semua soalan berhubungan dengan perkara itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai polis itu, dan hendaklah mengemukakan semua dokumen yang relevan dengan perkara itu.

(2)

Seseorang yang disaman sebagai saksi di bawah subseksyen

(1)

yang tidak hadir pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam saman itu atau pada masa penangguhan, atau enggan menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan padanya secara sah atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen yang dia berkuasa mengemukakannya, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini dan boleh dikenakan denda satu ratus ringgit atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa tiada apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh menjadikan mana-mana orang terpaksa menjawab apa-apa soalan atau mengemukakan apa-apa dokumen berkenaan dengan apa-apa perkara yang akan dilindungi daripada dizahirkan atas alasan keistimewaan jika prosiding itu diadakan di mana-mana mahkamah.

Report

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules