Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian XII · Disiplin

79. Jawatankuasa Siasatan bagi Jabatan berkenaan dengan kematian atau kecederaan mana-mana pegawai polis atau berkenaan dengan kehilangan atau kerosakan harta

Feedback & support
(1)

Pegawai

Memerintah boleh mengadakan suatu

Jawatankuasa Siasatan untuk menyiasat kematian atau kecederaan mana-mana pegawai polis atau kehilangan atau kerosakan apa-apa harta yang diamanahkan kepada atau yang secara sah ada dalam milik

Pasukan. Jawatankuasa Siasatan itu hendaklah terdiri daripada seorang Yang Dipertua, yang mana hendaklah seorang pegawai kanan polis berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa, dan seorang anggota atau lebih, sebagaimana diarahkan oleh Pegawai

Memerintah itu.

(2)

Jawatankuasa Siasatan yang diadakan di bawah subseksyen

(1)

untuk menyiasat kematian atau kecederaan seorang pegawai polis hendaklah diberi kuasa mengemukakan dapatan dan syor seperti berikut:

(a)

sama ada si mati atau orang yang cedera itu sedang bertugas pada masa kematian atau kecederaan itu;

(b)

sama ada kematian atau kecederaan itu boleh dikaitkan secara lansung kepada jenis tugas yang mana si mati atau orang yang cedera itu telah diguna khidmat;

(c)

sama ada kematian atau kecederaan itu disebabkan oleh keingkaran si mati atau orang yang cedera itu;

(d)

sama ada pencen, ganjaran atau elaun patut dibayar menurut Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawah Akta ini

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 344

atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain;

(e)

sama ada apa-apa tindakan perlu untuk mencegah berlakunya di masa depan kematian atau kecederaan yang serupa ke atas pegawai polis yang lain.

(3)

Jawatankuasa Siasatan yang diadakan di bawah subseksyen

(1)

untuk menyiasat apa-apa kehilangan atau kerosakan apa-apa harta yang diamanahkan kepada atau yang secara sah ada dalam milik

Pasukan hendaklah mengemukakan dapatan dan syor kepada Pegawai

Memerintah seperti berikut:

(a)

anggaran kos kerugian atau kerosakan;

(b)

tanggungjawab tiap-tiap seorang terhadap kehilangan atau kerosakan itu;

(c)

tindakan yang perlu untuk mencegah berlakunya di masa depan kehilangan atau kerosakan yang serupa;

(d)

cara bagaimana kos kerugian atau kerosakan boleh didapatkan atau dibayar sebagai ganti kepada pemunya harta itu yang sah.

(4)

Dalam seksyen ini ungkapan “pegawai polis” meliputi semua orang yang dilantik atau diguna khidmat untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini; dan ungkapan “Pasukan” meliputi semua badan yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini.

Kuasa pegawai kanan polis yang mengadakan penyiasatan untuk menyaman saksi

Report

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules