Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian XII · Disiplin

78. Tahan kerja

Feedback & support
(1)

Jika difikirkan perlu untuk kepentingan awam supaya seseorang pegawai polis berhenti menjalankan kuasa dan fungsi jawatannya dengan serta-merta, Pihak Berkuasa Disiplin boleh menahan kerja pegawai polis itu, sementara menanti apa-apa penyiasatan mengenai kelakuan pegawai polis itu di bawah Akta ini atau mana-mana Peraturan-Peraturan Polis yang dibuat di bawahnya atau mana-mana peraturan atau perintah yang terpakai kepada pegawai lain yang mempunyai taraf yang sama di dalam perkhidmatan awam.

(2)

Kuasa, keistimewaan dan faedah yang terletak hak pada pegawai polis yang telah ditahan kerja di bawah subseksyen (1)

hendaklah tergantung semasa ditahan kerja:

Dengan syarat bahawa pegawai polis itu hendaklah terus tertakluk kepada pihak berkuasa dan disiplin yang sama seolah-olah dia tidak ditahan kerja dan dia tidaklah semata-mata oleh sebab ditahan kerja terhenti menjadi pegawai polis.

(3)

Dalam apa-apa tempoh pegawai polis ditahan kerja yang menunggu perbicaraan atau prosiding disiplin di mana dia disabitkan atau didapati salah, pegawai polis itu hendaklah menerima separuh daripada gaji dan elaun-elaunnya, kecuali elaun sewa rumah

Polis 51

hendaklah dibayar dengan penuh. Tiada apa-apa bayaran ketukangan boleh terakru dalam apa-apa tempoh tahan kerja:

Dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Disiplin boleh, mengikut budi bicaranya, membenarkan dibayar apa-apa kadar gaji dan elaun yang lebih tinggi sebagaimana difikirkannya patut.

Report

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules