Skip to content

Seksyen 43

Pelepasan banduan secara lesen

of Akta Penjara 1995

ActIn forceProvision 44 of 52
Seksyen 43
(1)

Tertakluk pada mana-mana peraturan yang dibuat oleh

Menteri, Komisioner Jeneral boleh, pada bila-bila masa jika difikirkannya patut, melepaskan secara lesen dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen, seseorang banduan yang sedang menjalani apa-apa tempoh pemenjaraan.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

(2)

Komisioner Jeneral boleh, pada bila-bila masa—

(a)

mengubah suai atau membatalkan syarat yang tersebut dalam subseksyen (1); atau

(b)

melalui perintah, memanggil balik ke penjara seseorang banduan yang dilepaskan secara lesen di bawah subseksyen

(1)

tetapi tanpa menjejaskan kuasa Komisioner Jeneral untuk melepaskan semula banduan itu secara lesen.

(3)

Jika seseorang banduan dipanggil balik di bawah perenggan (2)(b), lesennya hendaklah terhenti berkuat kuasa dan dia hendaklah, jika masih bebas, disifatkan bebas dengan menyalahi undang-undang dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(4)

Seseorang banduan yang tidak mematuhi mana-mana syarat lesen yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.