46E. Layak untuk mendapat parol
Feedback & supportSeseorang banduan yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan bagi mana-mana kesalahan yang ditetapkan dalam
Jadual Keempat tidak layak untuk mendapat parol.
Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual Keempat.
Tertakluk pada subseksyen (4), (5) dan (6), seseorang banduan hanya layak untuk dipertimbangkan untuk mendapat parol—
jika dia dihukum minimum satu tahun pemenjaraan bagi apa-apa kesalahan selain kesalahan yang ditetapkan dalam
Jadual Keempat;
tertakluk pada subseksyen (7), selepas dia menjalani sekurang-kurangnya seperdua dari tempoh pemenjaraannya tanpa mengambil kira remitan hukuman yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 44; dan
selepas dia menjalani program pemulihan yang diluluskan oleh Komisioner Jeneral semasa menjalani hukuman pemenjaraannya.
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 537
Jika terdapat suatu pertuduhan terhadap mana-mana banduan bagi apa-apa kesalahan, selain kesalahan yang ditetapkan dalam
Jadual Keempat, yang belum selesai di dalam mana-mana mahkamah, banduan itu layak untuk dipertimbangkan untuk mendapat parol hanya selepas keputusan muktamad dibuat terhadap pertuduhan yang belum selesai itu.
Jika terdapat sesuatu rayuan yang berhubungan dengan apa-apa kesalahan, selain kesalahan yang ditetapkan dalam Jadual
Keempat, yang masih belum selesai di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana banduan, banduan itu layak untuk dipertimbangkan untuk mendapat parol hanya selepas keputusan muktamad dibuat terhadap rayuan yang belum selesai itu.
Jika mana-mana banduan mempunyai hak untuk mendapat pengampunan yang berhubungan dengan apa-apa kesalahan, selain kesalahan yang ditetapkan dalam Jadual Keempat, banduan itu layak untuk dipertimbangkan untuk mendapat parol hanya—
selepas kesnya telah terlebih dahulu dibawa ke hadapan suatu
Lembaga
Pengampunan, melainkan jika dia dibebaskan dengan ampun, tunda hukum atau lega hukum oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua
Negeri sesuatu Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
tertakluk pada subseksyen (7), selepas dia menjalani sekurang-kurangnya seperdua dari tempoh pemenjaraannya tanpa mengambil kira remitan hukuman yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 44, mengikut mana-mana yang terkemudian.
Bagi maksud perenggan (3)(b) dan (6)(b)—
berhubung dengan apa-apa tempoh pemenjaraan yang dijalani serentak, seperdua dari tempoh pemenjaraan ertinya seperdua dari tempoh pemenjaraan yang paling panjang yang dijalani serentak itu; dan
Penjara 41
berhubung dengan apa-apa tempoh pemenjaraan yang dijalani berturut-turut, seperdua dari tempoh pemenjaraan ertinya seperdua daripada jumlah keseluruhan tempoh pemenjaraan yang dijalani berturut-turut itu.
Walaupun seseorang banduan telah diberikan remitan hukuman di bawah seksyen 44, ia tidak menyentuh kelayakan banduan itu untuk dipertimbangkan untuk mendapat parol.