46A. Tafsiran bagi maksud Bahagian IVA
Feedback & supportBagi maksud Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“daerah parol” ertinya daerah parol sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;
“Lembaga Parol” ertinya Lembaga Parol yang ditubuhkan di bawah seksyen 46B;
“orang diparol”
ertinya seseorang banduan yang dilepaskan atas suatu Perintah Parol;
“parol” ertinya pelepasan seseorang banduan untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut sesuatu Perintah Parol;
“pegawai parol” ertinya mana-mana pegawai penjara yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor Penjara yang ditugaskan untuk melaksanakan apa-apa tugas yang ditetapkan di bawah Bahagian ini;
“Pengerusi Lembaga Parol” ertinya Pengerusi Lembaga
Parol yang dilantik di bawah perenggan 46B(2)(a); dan
“Perintah Parol” ertinya perintah pelepasan secara parol yang dibuat oleh suatu Lembaga Parol.
*CATATAN—Seseorang banduan yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta Penjara (Pindaan) 2008 [Akta A1332] adalah layak untuk dipertimbangkan untuk mendapat parol–lihat seksyen 14 Akta A1332 dan P.U. (B) 260/2008.
Penjara 37