Skip to content
In forceUpdated to 12 Dec 2025Read it in English

46L. Section 46L

Feedback & support
(1)

Sesuatu permohonan boleh dibuat oleh seseorang pegawai parol yang bertanggungjawab ke atas orang diparol atau oleh orang diparol kepada Lembaga Parol bagi suatu penukaran daerah parol orang diparol.

(2)

Sesuatu Lembaga Parol boleh, apabila berpuas hati dengan alasan permohonan untuk menukar daerah parol, membenarkan permohonan itu tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

boleh dikenakan oleh Lembaga Parol dan mengeluarkan suatu notis tentang kebenaran itu.

(3)

Suatu salinan notis di bawah subseksyen (2) hendaklah disampaikan kepada—

(a)

Komisioner Jeneral;

(b)

Pegawai yang Menjaga penjara yang di dalamnya orang diparol menjalani hukuman pemenjaraannya sebaik sebelum tarikh Perintah Parol;

(c)

pegawai parol yang bertanggungjawab terhadap daerah parol bagi orang diparol sebaik sebelum penukaran daerah parol orang diparol itu;

(d)

pegawai parol yang bertanggungjawab terhadap daerah parol tempat di mana orang diparol akan menjalani parol menurut penukaran daerah parol itu; dan

(e)

orang diparol yang berkenaan.

Report

Bahagian V

Pekerjaan dan Tatatertib Penjara

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara

Bahagian VIII

Bab

Bab 24] itu telah tidak dimansuhkan; dan

Schedules