46M. Penggantungan dan pembatalan Perintah Parol
Feedback & supportJika seseorang pegawai parol mendapati bahawa seseorang orang diparol telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan seksyen 46K atau mana-mana syarat yang dinyatakan dalam sesuatu
Perintah Parol, pegawai parol itu—
hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Lembaga
Parol melalui urus setianya; dan
hendaklah menempatkan orang diparol itu dalam jagaan
Pegawai yang Menjaga penjara yang terdekat.
Sesuatu Lembaga Parol boleh menggantung sesuatu Perintah
Parol—
Penjara 47
apabila menerima laporan daripada seseorang pegawai parol bahawa seseorang orang diparol telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan seksyen 46K atau mana-mana syarat yang dinyatakan dalam sesuatu Perintah
Parol; atau
jika Lembaga Parol itu mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa Perintah Parol itu telah dikeluarkan atas maklumat palsu atau mengelirukan.
Sesuatu Lembaga Parol boleh menyampaikan suatu notis ke atas orang diparol untuk hadir di hadapan Lembaga Parol itu bagi suatu siasatan dan orang diparol itu boleh membuat representasi kepada Lembaga Parol itu.
Sesuatu Lembaga Parol hendaklah memeriksa dan menilai apa-apa laporan yang dikemukakan oleh seseorang pegawai parol berkenaan dengan orang diparol yang telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan seksyen 46K atau mana-mana syarat yang dinyatakan dalam sesuatu Perintah Parol, dan apa-apa representasi yang dibuat oleh orang diparol itu.
Walau apa pun subseksyen (3) dan seksyen 52, sesuatu
Lembaga Parol boleh membatalkan sesuatu Perintah Parol pada bila-bila masa, tanpa memberi orang diparol hak untuk membuat apa-apa representasi—
jika orang diparol itu melakukan apa-apa kesalahan dan dipertuduh di mana-mana mahkamah bagi kesalahan itu;
atau
jika orang diparol itu meninggalkan daerah parol tanpa kebenaran seseorang pegawai parol.
Jika Lembaga Parol berpuas hati bahawa orang diparol itu telah gagal untuk mematuhi apa-apa peruntukan seksyen 46K atau mana-mana syarat yang dinyatakan dalam sesuatu Perintah Parol,
Lembaga Parol boleh—
mengenakan syarat lanjut ke atas Perintah Parol itu;
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 537
mengubah syarat sedia ada Perintah Parol; atau
membatalkan Perintah Parol itu.