46F. Perkara untuk diambil kira oleh Lembaga Parol sebelum membuat Perintah Parol
Feedback & supportDalam memutuskan sama ada atau tidak untuk melepaskan mana-mana banduan secara parol, Lembaga Parol—
hendaklah memeriksa dan menilai dosir parol yang diterima daripada pegawai penjara berkenaan dengan banduan itu dan apa-apa laporan lain yang disediakan oleh mana-mana pegawai penjara berhubung dengan sesuatu permohonan bagi pelepasan secara parol banduan itu; dan
hendaklah mengambil kira perkara yang berikut:
keperluan untuk melindungi keselamatan masyarakat;
keperluan untuk mengekalkan keyakinan orang awam dalam pentadbiran keadilan;
sifat dan hal keadaan kesalahan yang berhubungan dengan hukuman ke atas banduan itu;
rekod jenayah banduan itu;
risiko banduan melakukan lagi apa-apa kesalahan jika dia dilepaskan secara parol;
banduan boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat biasa;
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 537
kesan yang mungkin ke atas mangsa banduan dan keluarga mangsa, jika banduan itu dilepaskan secara parol;
dalam hal banduan asing, kewujudan sistem parol atau sistem lain yang serupa di negaranya; dan
apa-apa perkara lain sebagaimana yang didapati relevan oleh Lembaga Parol.