Seksyen 44
Peremitan hukuman
Dengan tujuan untuk menggalakkan kelakuan baik dan kerajinan dan untuk memudahkan pemerlakuan pemulihan, seseorang banduan yang dihukum penjara selama lebih daripada sebulan, adalah berhak diberi remitan daripada hukumannya.
(2)
Semua atau mana-mana bahagian remitan yang seseorang banduan berhak boleh, apabila melakukan sesuatu kesalahan di bawah seksyen 50 atau sesuatu kesalahan yang berhubungan dengan parol, dibatalkan oleh Komisioner Jeneral:
Dengan syarat bahawa tidak dalam mana-mana kes pun perlucuthakan boleh melebihi amaun remitan yang diperoleh pada masa berlakunya kesalahan itu.
Penjara 35
(3)
Komisioner Jeneral boleh memulangkan kepada seseorang banduan semua atau mana-mana bahagian remitan yang telah dilucut hak semasa menjalani hukumannya.
(4)
Seseorang banduan yang diberikan remitan sebahagian daripada hukumannya hendaklah dibebaskan apabila habisnya tempoh sekian banyak hukumannya yang tinggal selepas dipotong bahagian yang diremitkan daripada hukuman itu.