Skip to content
In forceUpdated to 12 Dec 2025Read it in English

46C. Kuasa Lembaga Parol

Feedback & support
(1)

Dengan tujuan untuk menggalakkan kelakuan baik dan kerajinan dan untuk memudahkan pemerlakuan pemulihan seseorang banduan, sesuatu Lembaga Parol hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:

(a)

untuk membuat keputusan sama ada untuk melepaskan secara parol seseorang banduan yang memohon parol;

(b)

untuk menggantung atau membatalkan sesuatu Perintah

Parol;

(c)

untuk menambah apa-apa syarat atau mengubah mana-mana syarat sesuatu Perintah Parol;

(d)

untuk mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan parol;

(e)

untuk memeriksa mana-mana banduan bagi maksud untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan dengan sesuatu permohonan parol atau bagi apa-apa sebab lain yang difikirkan patut oleh Lembaga Parol; dan

(f)

untuk menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi dan tugas lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Penjara 39

(2)

Sesuatu Lembaga Parol boleh menubuhkan urus setia sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya dan suai manfaat untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsi dan tugasnya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.

Report

Bahagian V

Pekerjaan dan Tatatertib Penjara

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara

Bahagian VIII

Bab

Bab 24] itu telah tidak dimansuhkan; dan

Schedules