46N. Kesan pembatalan Perintah Parol
Feedback & supportJika sesuatu Perintah Parol dibatalkan, melainkan jika banduan yang dimaksudkan dalam Perintah Parol itu disifatkan bebas dengan menyalahi undang-undang di bawah subseksyen (3), banduan itu hendaklah diletakkan di bawah jagaan seorang pegawai parol dan hendaklah dihantar serah kepada Pegawai yang Menjaga penjara yang terdekat bagi jagaan segera.
Pegawai yang Menjaga hendaklah secepat yang boleh dilaksanakan menyebabkan supaya banduan dalam subseksyen (1)
dialihkan, dipindahkan atau dibawa ke penjara tempat di mana dia menjalani hukuman pemenjaraannya sebaik sebelum Perintah Parol dikeluarkan untuk menjalani baki hukumannya.
Jika Perintah Parol dibatalkan menurut perenggan 46M(5)(b), dan jika orang diparol itu masih bebas, orang diparol itu hendaklah disifatkan bebas dengan menyalahi undang-undang dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
Jika orang diparol yang telah disabitkan di bawah subseksyen (3) dihukum dengan pemenjaraan, pemenjaraan itu hendaklah bermula sama ada serta-merta atau apabila habisnya hukuman pemenjaraannya yang terdahulu, sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah yang mengenakan hukuman itu.
Apabila sesuatu Perintah Parol dibatalkan, semua atau mana-mana bahagian remitan yang seseorang banduan itu berhak boleh dibatalkan oleh Komisioner Jeneral.
Penjara 49
Tempoh semasa orang diparol bebas tidak dikira sebagai sebahagian daripada hukuman