Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian IX · Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

103. Anggota, tempoh jawatan dan elaun

(1)

Tribunal hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi yang hendaklah dilantik daripada kalangan anggota Perkhidmatan

Kehakiman dan Perundangan; dan

(b)

tidak kurang daripada dua puluh orang anggota lain yang hendaklah dilantik daripada kalangan—

(i)

orang yang merupakan anggota atau yang pernah memegang jawatan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; atau

(ii)

orang yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguam Bela

Sabah [Sabah Bab 2] atau Ordinan Peguam Bela

Sarawak [Sarawak Bab 110], dan yang telah menjalankan amalan tidak kurang daripada tujuh tahun.

(2)

Jika Pengerusi atas apa-apa sebab tidak dapat melaksanakan fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan dalam jawatan

Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi

Pengerusi.

(3)

Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(b) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya.

(4)

Seseorang anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan

(1)

(b)

boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan tiga bulan notis bertulis kepada Menteri.

(5)

Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan seseorang anggota Tribunal yang disebut dalam perenggan (1)(b)

dan mengisi apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya.

(6)

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dibayar apa-apa elaun tetap dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

Undang-Undang Malaysia 118

(7)

Anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan (1)(b)

hendaklah dibayar elaun bersidang harian semasa persidangan

Tribunal dan apa-apa elaun penginapan, perjalanan dan sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Report

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules