Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian IX · Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata
Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian IX · Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tribunal boleh memutuskan sama ada untuk mengadakan pendengaran secara lisan bagi pengemukaan keterangan atau hujahan lisan, atau sama ada prosiding hendaklah dijalankan berdasarkan dokumen dan bahan lain.
Pihak-pihak itu hendaklah diberikan notis awal yang munasabah mengenai apa-apa pendengaran dan apa-apa mesyuarat
Tribunal bagi maksud pemeriksaan dokumen atau harta.
Semua pernyataan, dokumen atau maklumat lain yang dibekalkan kepada Tribunal oleh satu pihak hendaklah dimaklumkan kepada pihak yang lain.
Apa-apa laporan pakar atau dokumen keterangan yang padanya Tribunal boleh bergantung dalam membuat keputusannya hendaklah dimaklumkan kepada pihak-pihak itu.
Bahagian
Bahagian X
Bahagian XI