Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian IX · Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

106. Pengecualian bidang kuasa mahkamah

In plain English

Once a claim within the tribunal's powers is filed, the same parties cannot take the same issues to court. This does not apply if the court case began first or the tribunal claim is withdrawn, abandoned or struck out. If the court case began first, the tribunal cannot hear those issues unless it is withdrawn, abandoned or struck out.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Jika sesuatu tuntutan difailkan dengan Tribunal dan tuntutan itu adalah dalam bidang kuasa Tribunal, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan itu, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam tuntutan permulaan atau yang timbul dalam penjalanan pendengaran itu, tidak boleh menjadi perkara prosiding antara pihak yang sama dalam mana-mana mahkamah melainkan jika—

(a)

prosiding di hadapan mahkamah telah dimulakan sebelum tuntutan itu difailkan dengan Tribunal; atau

(b)

tuntutan di hadapan Tribunal ditarik balik, diabaikan atau dibatalkan.

(2)

Jika perenggan (1)(a) terpakai, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan yang baginya prosiding itu adalah berkaitan, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam tuntutan permulaan atau yang timbul dalam penjalanan pendengaran, tidak boleh menjadi perkara prosiding antara pihak yang sama di hadapan Tribunal melainkan jika tuntutan di hadapan mahkamah telah ditarik balik, diabaikan atau dibatalkan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, sesuatu tuntutan hendaklah disifatkan telah dibuat dengan Tribunal apabila seksyen 108

dipatuhi.

Report

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules