Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian IX · Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

110. Hak untuk hadir pada pendengaran

(1)

Pada pendengaran sesuatu tuntutan, tiap-tiap pihak berhak untuk hadir dan didengar.

(2)

Tiada pihak boleh diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara pada suatu pendengaran melainkan jika, pada pendapat Tribunal, perkara yang dipersoalkan melibatkan isu undang-undang yang kompleks dan satu pihak akan mengalami kesusahan kewangan yang teruk jika dia tidak diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara.

(3)

Jika satu pihak dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen (2), pihak yang satu lagi juga berhak sedemikian.

(4)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3)—

(a)

suatu perbadanan atau kumpulan orang yang tidak diperbadankan boleh diwakili oleh pekerja perbadanan atau kumpulan orang itu yang bergaji sepenuh masa;

dan

(b)

orang belum dewasa atau mana-mana orang lain yang tidak berupaya boleh diwakili oleh sahabat wakilnya atau penjaga ad litemnya.

(5)

Jika suatu pihak diwakili sebagaimana yang dibenarkan di bawah subseksyen (4), Tribunal boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi memastikan bahawa pihak yang satu lagi kepada prosiding itu tidak diletakkan dalam keadaan yang merugikan secara substansial.

Report

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules